lama betul tak post entry sejak dapat posting di Sabah ni...Asyik berjalan je kerjanya. asal cuti jalan. hehe..mengubat hati. okay hari ni I nak share cuti pergi KK masa merdeka hari tu.
28 OGOS 2015
1. Tiket flight dari Sandakan ke KK pi balik dapat RM 325. Mahai?
tapi sebab nak jalan punya pasai, I bedai ja.
2. Sampai je dekat Terminal 1 (MAS), Trus ambik teksi untuk ke J&J hotel.
I memang recommend hotel ni untuk backpackers. Satu bilik RM 85, katil satu single, 1 double. Sesuai la setakat nak tidur ja.Lokasi memang betul2 depan pasar filipin, jalan kaki je nak makan seafood pun.
29 OGOS 2015
3. Esok pagi pulak dapat kereta sewa RM 100 per day. Oklah kereta saga kan. Lepas tu terus kitaorang pergi Kudat. Kudat maybe setengah orang kata tak ada apa tapi WAJIB lah kalau duduk sabah kena pi. The tips of Borneo, Simpang Mengayau.
|
Ni otw ke Kudat. 3 jam perjalanan dari KK |
Subhanallah. Cantikkan. orang kata kalau pemandangan waktu senja lagi cantik and chalet pun ada disitu. Bolehla kalau nak menikmati pemandangan. Tapi kami balik terus sebab ingat nak pergi Kundasang tapi dah taki sempat.