Wednesday, March 3, 2021

PCOS

So,  at the end of 2017 dah tahu ada PCOS . Masa tu check up dekat KMC , Alor Setar by Dr Kang.  

NOVEMBER 2017
First time buat tvs and pap smear and dapat clomid.  Total cost RM 180.

TAPI tak bejaya cycle tu sebb rasanya masa tu aq pun tak faham benda ni lagi and tak faham apa dr tu buat.  

APRIL 2018
Masa ni buat check up dekat klinik syafa,  satok di Kuching sbb husband kerja di Sarawak and aq kat Sabah.  Kiranya nak mntak second opinion la.  And after buat tvs mmg confirm PCOS.

 KALAU ADA 2/3 TANDA NI DAH DIKIRA PCOS
1. banyak tumbuh bulu seperti misai
2. Irregular period
3. Obes
masa ni dapat detect left ovary ja PCOS.  

PCOS INFO
bagi yg baru dengaq perkataan ni.  Meh nak intro sikit.  Nama panjang nya polycystic ovary syndrome. Jadi ni bkan penyakit tapi syndrome. Dia boleh hilang sat pastu mai balik kalau tak jaga.  Keadaan yg mana telur dalam ovari kita tak matang. Dia jadi kecik2 macam gambaq tu.  Sepatutnya setiap bulan sebijik tlur akan keluar dari ovari (ovulation)  tapi PCOS ni boleh jadi dia tak keluar langsung atau keluar lambat (period pun akan lambat)  sebab tu la period irregular atau tak tetap. So susah la sikit nak pregnant. 

NEXT... TREATMET

MASALAH PEREMPUAN

Assalamualaikum... Rasanya dah lama tak update blog sjak kahwin tahun 2017. Sebab tak jumpa content menarik kot.hehe.kali ni rasanya ada perkara yg nak dikongsikan bersama. Semoga dapat jadi rujukan pada wanita yg lain.

MASALAH PERIOD BERMULA REMAJA
Bermula sejak zaman remaja period dah abnormal. Selalu datang banyak...selalunya tepat 15 Hari. Pernah jugakla pergi jumpa Dr sakit puan and apa yg diberitahu masa tu aq Ada MASALAH hormon. Katanya normal utk anak remaja, so Dr hanya bg aq makan ubat perancang utk stabilkan hormon. Sebab masa tu darah trun banyak sampai darah rendah so makan jgak ubat tu utk 3bulan.  Lepas tu dah tak ingat jadi macamna.  Kadang2 period okay,  tapi yg pasti memang selalu tak tetap and pernah juga datang period non stop sebulan.. Spotting pun pernah. Tapi masa tu tak berapa faham and concern pasal period ni sebab rasa tak dak masalah pun kan... 

MASALAH PERIOD LEPAS KAHWIN
Lepas kahwin pulak period selalu skip paling lama 3 bulan tapi aq jenis tak biar lama,  memang akan pergi checkup.  So tahun pertama kahwin dah pergi checkup dkat klinik kesihatan masa tu and ada la check darah bagai cumanya takdak la dr explain apa2. Dr bg lagi ubat perancang dan suruh diet.  Dia cakap tak boleh lagi nak buat rawatan kesuburan sebab baru setahun kahwin.  Masa tu plak aq PJJ . so dr cakap skurangnya duduk bersama dan kalau 2 tahun tak berjaya conceive baru lah boleh buat rawatan. So rasanya bermula tahun 2017 dah agresif cari rawatan utk masalah period.  Banyak juga dr yg aq dah pergi cek utk tahun tu. 

1. KK SANDAKAN
2. KLINIK GANGGA,  ALOR SETAR
3. KLINIK SYAFA,  KUCHING
4. KMC , ALOR SETAR

Di penghujungnya barulah tahu aq ada masalah PCOS... bersambung... 

Sunday, January 17, 2016

Trip ke Surabaya

Perjalanan 6h5mlm
Day 1 (8/12/2015)Sampai di airport Juanda Surabaya dalam pukul 12pm.
Bertolak ke Banyuwangi.Ambil masa dalam +- 8jam
Melalui Pasuruan-Probolinggo-Situbondo-Banyuwangi.
Check in hotel
Day 2 (9/12/2015)
Kawah Ijen
Mula mendaki pada pukul 1.30 pagi
Sampai dalam lebih kurang 4.00 pagi.(agak slow)
Boleh turun utk tgk blue fire tapi tapi kami semput dah.hehehe
Turun semula dalam pukul 7pagi
Rehat di hotel Cawang Indah


Perjalanan ambil masa 3 jam. Tuhan saja tahu betapa penatnya. Rasa nak give up pun ada tapi setiap kali terserempak dengan pendaki locals diorang akan cakap. 'Ayuh mbak. Semangat!"


Ni semua warga Indo. Sporting habis. Kami jumpa masa berhenti rehat. Jangan risau ya. Kalau penat kita boleh singgah minum kopi dulu. lepastu baru sambung. Satu ni je kedai, tandas pun.


Sulfur yang dipungut oleh locals

Memang canti. kawah ijen
2.00 petang
Bertolak ke Taman Nasional Baluran,Situbondo (Africa Van Java)
Perjalanan ambil masa lebih kurang setengah jam dari pekan
Perlu kenderaan utk masuk ke dalam
Terbahagi kepada dua:
1. Savana Bekol
2.Pantai Bama





Day 3 (10/12/2015)
Check out hotel
Pakej Snorkeling di Pulau Menjangan (Bali Barat), Pulau Tabuhan dan penangkaran yu
Makan, solat dan bertolak ke Probolinggo
Snorkeling :Rp.320000/person. Kami sewa peralatan snorkelling plus bot dekat tepi jalan je.








Day 4 (11/12/2015)
Check in homestay Deddy
Bergerak menuju Penanjakan menggunakan jeep (Rp.600000)
Untuk naik ke Penanjakan boleh naik kuda atau jalan kaki.
Dari Penanjakan point boleh nampak Kawah Bromo, Gunung Batok, Lautan pasir
Gunung Bromo merupakan gunung berapi aktif.Pada masa ni berada pada tahap siaga.
Gunung Bromo dari kejauhan


boleh sewa kuda untuk mendaki sekerat dalam rm 50 

Penempatan di kaki Bromo

Homestay

Bertolak balik ke Surabaya
Singgah di Jambatan Merah Plaza
Bertolak ke Malang pada pukul; 6 ptg
Singgah di Masjid Cheng Ho
Check in Lily Guesthouse


Masjid Muhammad Cheng Ho

 Day 5
Bertolak ke Lumajang +- 1 jam
Air Terjun Tumpak Sewu
Viewpoint atas air terjun
Viewpoint bawah air terjun
Explore Goa Tetes
Aktiviti tubing sepanjang 4km
View dari atas Tumpak sewu, Lumajang

Jalan yg kami turun ni lagi mencabar dari kawah Ijen...memang bergetar tempurung lutut. 

Kami kena meredah jalan ni...dahla licin kalau tersilap langkah memang arwah



Jalan kedua..still berbahya

view dari bawah
water tubing..memang best walau terjatuh banyak kali dan berlaga dengan batu

Bersama locals. Lepas terpaksa mendaki track yang buken untuk mendaki. Terpaksa survive sebab masa tubing tiba-tiba air sungai naik. So terpaksa panjat buku yang curam untuk pulang. Ni selepas berjaya. Nasihat aku, kalau hujan tak payah main water tubing.

Tubing: Rp.150000/person
Check out jam 12mlm
Bertolak ke Juanda Airport