Saturday, September 5, 2015

Percutian ke KUDAT, SIMPANG MENGAYAU SABAH


lama betul tak post entry sejak dapat posting di Sabah ni...Asyik berjalan je kerjanya. asal cuti jalan. hehe..mengubat hati. okay hari ni I nak share cuti pergi KK masa merdeka hari tu.


28 OGOS 2015
1. Tiket flight dari Sandakan ke KK pi balik dapat RM 325. Mahai?
tapi sebab nak jalan punya pasai, I bedai ja.

2. Sampai je dekat Terminal 1 (MAS), Trus ambik teksi untuk ke J&J hotel. 
I memang recommend hotel ni untuk backpackers. Satu bilik RM 85, katil satu single, 1 double. Sesuai la setakat nak tidur ja.Lokasi memang betul2 depan pasar filipin, jalan kaki je nak makan seafood pun. 


29 OGOS 2015

3. Esok pagi pulak dapat kereta sewa RM 100 per day. Oklah kereta saga kan. Lepas tu terus kitaorang pergi Kudat. Kudat maybe setengah orang kata tak ada apa tapi WAJIB lah kalau duduk sabah kena pi. The tips of Borneo, Simpang Mengayau.



Ni otw ke Kudat. 3 jam perjalanan dari KK









Subhanallah. Cantikkan. orang kata kalau pemandangan waktu senja lagi cantik and chalet pun ada disitu. Bolehla kalau nak menikmati pemandangan. Tapi kami balik terus sebab ingat nak pergi Kundasang tapi dah taki sempat.





Wednesday, January 14, 2015

Percutian ke Melaka


Hujung tahun 2014 haritu sempat la pergi jalan-jalan dekat Melaka. Best la jugak untuk percutian dengan family. Disebabkan family ramai, so tak boleh nak book hotel, boleh kopak. hee...so, cari punya cari dapat la satu homestay ni.

HOMESTAY SANTAI
EN. TAUFIK 0192080690

Alhamdulillah...puas hati dengan homestay tersebut. Tapi bukan dekat bandar hilirla, dekat Bukit Katil, 15 minit daripada Tol Ayer Keroh and 15 minit ke bandar. Tempat walaupun bukan dalam bandar tapi memang senang nak acces ke tempat pelacongan. dekat je dengan zoo melaka, zoo lebah, zoo orang asli, taman buaya, wonderland theme park.

Ni antara tempat yang kami sempat melawat.

Masjid Selat

Masjid selat

Muzium kapal selam

Bustel

Pantai kelabang

pantai kelabnag

dekat area pantai klebang ni antara port yang best untuk melepak. Ada bustel (hotel dalam bas), cafe dalam bas..ada pulak orang dok main motorbike dekat tepi pantai. happening sangat.

Wonderland theme park

Kereta lembu dekat muzium orang asli

Saturday, November 15, 2014

Master's UKM 2015


Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Almaklumla baru je masuk Uni, nak kena adapt dengan environment baru, nak cari kawan baru bla..bla and so on..

Nak sambung master's dekat UKM tak?.


CEPAT!!CEPAT!!CEPAT!!

Bagi yang belum tahu, UKM sekarang dah bukak application form untuk masters ambilan Februari 2015 bermula 

15 OCTOBER 2014 TO 21 NOVEMBER

 2014. 


Haa!!! Tunggu apa lagi? Sila buka web ini, tengok elik-elok kos yang nak, terus isi, dapat tak dapat belakang cerita.

http://guest.ukm.my/




Apa kelebihan sambung masters dekat UKM?

1. Yuran berpatutan
2. Universiti kedua terbaik di Malaysia. Tak percaya? Sila rujuk

http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2014#sorting=rank+region=+country=+faculty=+stars=false+search=

Tapi of courselah kalau ranking dunia, UKM ni adalah universiti number ke 259. Tapi okaylah dah kita pun duduk di Malaysia kan?? hehehehe

3. Suasana dia best kot. Ada rasa historious sikit
4. Dekat dengan KTM (sebelah je), dengan stesyen bas.