Saturday, August 16, 2014

Kedai Makan Best di Alor Setar

Ha..kalau nak melancong kat utara ni memang tak dak apa sangat lah..yang paling best pun Langkawi. Tapi kat sini setahu kami la famous dengan makanan best2. Kat sini kami nak listkan kedai2 yang kami tau...

Alor Setar

1. Nasi Lemak Ali
courtesy to alyanajwa.blogspot.com
Memang tak pernah makan lagi kat sini tapi mak ayah selalu cerita nasi lemak ali ni memang legend dah lama dah..masa zaman depa muda-muda dulu lagi. Kalau nak tengok alamat ni ha
Jalan Seberang Perak, Kampung Seberang Perak, 05050 Alor Setar, Kedah.
Tapi kalau nak bahasa mudah sapa tau dia sebelum Affin Bank Jalan Pegawai tuh.

2. Mee Abu
courtesy to tupai.com
Kedai ni dekat Jalan Sultanah lepas Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Ramai la orang muda suka lepak sini. Dan mee dia pun dikatakan sedap.

3. Nasi Lemak Royale
courtesy to ahmadalqadah.blogspot.com

ha..kat sini cek pernah pi makan...sedap2 ada dua cawangan dekat Jitra satu dekat Alor setar satu..alor setar tu dekat dengn pantai johor.

4. Iman Koeyteow
courtesy to salammesra2u.blogspot.com

Dekat Kolej Insahniah..memang ramai orang muda lepak makan dekat sini. koewwtiow dia pum macam basah2 sikit.


5. Restoran Mee Sham

Ya Ampun sedapnya tengok pun.
Roti ni sebenaqnya atas tu dia letak telur mata kerbau, bawah tu roti canai. kuah dia pulak memang sedap.
Tempat ni xtau nak habaq dekat mana tapi fia jalan nak pi Gunung Keriang. Kalau masuk simpang dekat Pantai Johor...straight saja jumpa la kedai Mee Sham.

6. Medan Selera TESCO Mergong

Ni antara tempat yang kami suka pi. Dan kalau mai sini WAJIB order mee sizzling...The Best. Daripada Jitra pun sanggup mai makan mee sizzling dekat sini. memang tak jumpa yang sedap macam ni.

Yang atas sizzling ni Portuguese Egg Tart..pon sedap

7.Le Medina Patisserie
Ni ala2 cafe lah. Makanan macam western..ambience cantik..kek pun sedap..burger pon best..yang paling penting kami rasa ni satu-satunya kedai yang juai macaroon dekat alor setar ni kot. And macaroon dia dari
Dato' Fazly punya tau...Suka Sucre...sedap!!!

Kedai ni selalu orang xjumpa...sebab dia macam terlindung sikit. kedai ni dekat Jalan Stadium area pejabat pos... Selepas kedai tupperware tuh bawak slow lah perembang  kedai ni.

8. Kopitiam

courtesy to mahfuzahothman.blogspot.com
Tempat ni memang the best bagi kami. Selalu mai breakfast ka brunch ka dekat sini dengan family. Dia lebih kurang macam medan selera la..ada macam2 pilihan makanan dia dekat sini koewteow theng, cokodok, western pon ada, nasi, mee semua la...Tempat ni bersebelahan dengan Ukir Mall.





Banyak lagi kedai makan best macam kedai Roti bakar, Nasi Kandar Pokok Ceri, Burger Gemilang, Burger Abang Burn, Bite Cafe, HabitArt Cafe, 1931 d'cottage. Haa boleh la pi try na.




1 comment:

Anonymous said...

Nasi Lemak Haji Ali kurang sedap.. Fusion nasi lemak dgn nasi kandar.. Harg agak mahal berbanding sedapnya..